Monday, April 22, 2013

TANDA ALLAH CINTA KITA

Dalam kita meniti kehidupan di dunia yang sementara ini, setiap dari kita pasti tidak akan lepas dari menempuh sebarang ujian. Kita percaya atau tidak, ujian ini adalah tanda Allah cinta kita, buat kita semua?
“ Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta. “ [Al-Ankabut: 2-3]
Apa yang lebih utama, percaya atau tidak. Di saat kita diuji itulah saat di mana kita merasakan DIA adalah segalanya dalam hidup kita. Tanpa perlu kita mengharapkan orang lain sebagai penolong kita. Kerana di saat itu, kita tahu. Hanya ALLAH yang mampu untuk membantu kita.
Maka dari situlah bermulanya untuk kita berusaha solat dengan penuh khusyuk. Doa dengan penuh rendah diri diiringi dengan air mata yang jatuh berguguran. Hati sentiasa basah dengan zikirullah. Jika kita mampu melihat meter amalan kita pada waktu ini, mungkin sahaja mencecah 200%! Allahu Akhbar. Sayangnya Allah pada kita. Kerana di saat inilah kita merasakan Allah sahajalah satu-satunya yang paling hampir dengan kita.
Percayalah, Allah tidak akan pernah meninggalkan kita sendirian. Namun, kitalah sahaja yang menjauhkan diri dariNya. Saat kita merasa ujian itu sangat berat untuk kita, saat itulah DIA sedang menunggu kita menghamparkan CINTA kita untukNya. Ayuh! Kembalilah kita bermujahadah meraih cintaNya. Sebelum tiada lagi waktu untuk kita. WALLAHU’ALAM