Wednesday, June 17, 2015

Puasa Membentuk Keperibadian

Ibadah puasa menghasilkan kesabaran dan budi pekerti yang lemah lembut terhadap orang jahil. Justeru apakah sikap orang beriman apabila dimaki, dicela, dimarahi atau diprovokasi pada ketika dia berpuasa? Ketika berhadapan dengan situasi ini, maka ucapkanlah:
إِنِّي صَائِمٌ، إِنِّي صَائِمٌ
('Inneesaa'imun, 'innee saa'imun.)
"Saya berpuasa, saya berpuasa"
[Riwayat Al-Bukhari & Muslim, Hisnul Muslim, Sheikh Dr Said Bin Ali Wahf Al-Qahtani]
Dua sifat inilah antara beberapa bekalan yang terhasil daripada ibadah puasa sepertimana yang disebut oleh Sheikh Mustafa Masyhur di dalam kitabnya Zadun 'Ala At-Tareq yang sangat memberi kesan kepada diri orang yang beriman apatah lagi jika dia merupakan para da'i kepada Allah yang menginfaqkan dirinya di medan da'wah dan perjuangan Islam.
Sifat sabar membantu mereka mengharungi halangan dan meneruskan perjalanan di jalan da'wah tanpa rasa hina, lemah dan ingin tunduk kepada musuh. Manakala sifat lemah lembut menghasilkan akhlak yang mulia serta mampu mengawal nafsu, berlapang dada dan tidak marah semata-mata kerana keinginan nafsu.
[Lihat Zadun 'Ala At-Tareq, Dalam Ibadah Puasa Terdapat Bekalan, Mustafa Masyhur]
Semoga bermafaat dan selamat beramal.
Abu Durrah
01 Ramadhan 1436H
17 June 2015M
Bangi

No comments:

Post a Comment