Tuesday, June 16, 2015

Seputar Ringkasan Berkenaan Puasa Ramadhan

Rukun puasa ada 2 (pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafi'e) iaitu:
1. Niat &
2. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga tenggelam matahari ).
[Lihat Fiqh Al Manhaji, Jilid 2 Dr Mustofa Al-Khin, Dr Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji]
Ada pendapat meletakkan 3 rukun dengan tambahan iaitu:
3. Orang yang berpuasa.
[Berdasarkan kitab Al-Mu'tamad Fil Fiqh Asy-Syafi'e, Lihat Pedoman Ramadhan susunan Azhar Haji Yahya]
Huraian:
1. Niat
Syarat sah niat:
i. Malam waktu ramadhan (maghrib - subuh) - tidak sah puasa ramadhan jika tidak berniat dlm tempoh tu. Ini berdasarkan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
مَنْ لَمْ يُبَيِّتِ النِّيَّةَ قَبْلَ الفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ
"Barangsiapa atau sesiapa yang tidak berniat puasa sebelum fajar maka tidak ada puasa baginya." [Riwayat Abu Dawud, At-Tirmidzi, Ad-Daruqutni, katanya para perawinya adalah tsiqah & Al-Baihaqi]
ii. ta'yin - diniatkan puasa ramadhan, jika tidak diniatkan akan jenis puasa itu iaitu puasa ramadhan maka puasanya itu tidak sah.
إنما الأعمال بالنيات
"Sesungguhnya semua amal perbuatan itu dinilai mengikut niat"
[Riwayat Bukhari & Muslim]
iii. Mesti diulang niat setiap hari, kerana puasa ramadhan bukanlah ibadah yang satu tetapi setiap hari ramadhan adalah ibadah (pendapat yg kuat dlm mazhab syafi'e) iaitu ibadah yang berulang-ulang justeru setiap ibadah itu mesti dikhususkan niatnya yang tersendiri.
*Walaubagaimanapun ada keringanan mengikut mazhab lain berkenaan niat bg sebulan bulan ramadhan.* [Lihat nota di akhir ringkasan ini]
2. Menahan diri daripada perkara-perkara yang menbatalkan puasa.
Ada 7 perkara yg membatalkn puasa, iaitu:
i. Makan & Minum.
ii. Sampainya 'ain (sesuatu) ke dalam al-jauf (rongga) melalui liang yang terbuka.
iii. Muntah dengan sengaja.
iv. Bersetubuh dengan sengaja walaupun tanpa keluar air mani.
v. Al-Istimna' (mengeluarkan mani dengan sengaja).
vi. Haid & Nifas.
vii. Gila & Murtad.
Nota:
Pendapat yang menerima niat sekali untuk puasa sebulan dalam bulan Ramadhan:
Pendapat ini merupakan pendapat sebahagian ulama dalam mazhab Maalikiyyah, Imam Ibnul ‘Utsaimin dan Syaikh Abdullah al-Bassam rahimallaahul jamii’
Fatwa Syaikh Al-'Utsaimin:
Syaikh Muhammad bin shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah ditanya,
هل كل يوم يُصام في رمضان يحتاج إلى نية أم تكفي نية صيام الشهر كله؟
"Apakah dalam bulan Ramadhan kita perlu berniat setiap hari ataukah cukup berniat sekali untuk satu bulan penuh?"
Syaikh menjawab,
الجواب: يكفي في رمضان نية واحدة من أوله، لأن الصائم وإن لم ينو كل يوم بيومه في ليلته فقد كان ذلك في نيته من أول الشهر، ولكن لو قطع الصوم في أثناء الشهر لسفر، أو مرض، أو نحوه وجب عليه استئناف النية؛ لأنه قطعها بترك الصيام للسفر والمرض ونحوهما.
“Cukup dalam seluruh bulan Ramadhan kita berniat sekali di awal bulan, karena walaupun seseorang tidak berniat puasa setiap hari pada malam harinya, semua itu sudah masuk dalam niatnya di awal bulan. Tetapi jika puasanya terputus di tengah bulan, baik karena bepergian, sakit dan sebagainya, maka dia harus berniat lagi, karena dia telah memutus bulan Ramadhan itu dengan meninggakan puasa karena perjalanan, sakit dan sebagainya.
[Fatawa Arkanil Islam, rujukan atas talian www.muslimafiyah.com, Dr. Raehanul Bahraen ]
Selamat beramal.
Abu Durrah
30 Syaaban 1436H
16 June 2015M
Bangi

No comments:

Post a Comment